Thursday, 25 May 2017

RIANG RIA DI IPOH, PERAK (TAMBUN)💂💂

Sunday16 April 2017           


                Kembar Sunway Lagoon!!!

          Assalamualaikum, semua....2 bulan yang lalu saya bersama ahli keluarga saya  telah pergi ke LOST WORLD of TAMBUN di Perak sempena hari keluarga kami yang ke-10. Untuk pengetahuan semua, tempat ini merupakan tempat yang menarik untuk dikunjungi kerana ia bukan sahaja sebuah taman tema air, ia juga mempunyai pelbagai tempat yang boleh dilawati seperti taman tema dan zoo. Kami menginap dalam sebuah homestay yang terletak kira-kira 3 km dari Tambun kerana kosnya lebih murah berbanding menginap di hotel.

          Pada hari pertama, kami hanya berehat di homestay yang telah dipilih untuk menghilangkan penat lelah setelah berada dalam perjalanan selama 3 jam. Saya dan ahli keluarga ke Tambun Water Park pada hari kedua kami di Perak. Kami datang ke sini dengan 3 kereta kerana ahli keluarga saya yang ramai. Sepupu saya telah menempah tiket masuk ke Tambun Water Park melalui Internet. Dengan ini, saya sertakan laman web yang boleh anda buka untuk melihat harga tiket bagi orang dewasa dan kanak-kanak.

 ðŸ‘‰  https://sunwaylostworldoftambun.com/product/lost-world-entrance-tickets/

Senang kalau dah beli tiket awal - awal tak perlu beratur panjang. Nasib baik kami bercadang untuk pergi pada hari Jumaat . Tiadalah terlalu ramai orang sehingga perlu bersesak-sesak. Ahli keluarga kami yang lelaki bercadang untuk pergi menunaikan solat Jumaat sebelum masuk ke Tambun Water Park. Oleh itu, kami dibawa oleh mak cik kami untuk masuk ke dalam taman tema air ini.


Harga tiket untuk masuk ke Tambun Water Park
                   
           Orang dewasa  perlu membayar sebanyak RM58 manakala kanak - kanak yang berumur 12 tahun ke bawah pula perlu membayar RM51.Kemasukan yang percuma jika ketinggian seseorang tidak mencapai 90 cm. Menariknya, ada diskaun untuk pemegang keahlian Petronas Mesra dan ahli loyalti card yang lain. Jikalau tidak salah ,diskaun yang diberikan adalah sebanyak 10 peratus  kepada ahli kad tersebut.


        Tiket sudah beli, gelang pun sudah dipakai. Kami pun masuk ke dalam taman tema air itu. Sewaktu melalui security check, kami harus membenarkan beg kami diperiksa kerana makanan dari luar tidak dibenarkan untuk masuk kecuali air mineral..💂💂💂💂💂

Di sini terdapat banyak tempat yang menrik untuk dikunjungi seperti 👇

Lost World Petting Zoo
Lost World Amusement Park
Lost World Tin Valley
Lost World Tiger Valley
Lost World Adventure Park
Lost World Water Park

Pada awalnya kami bercadang untuk pergi mandi dahulu tetapi kami telah mengubah fikiran sejurus tiba di sana. Kami becadang untuk pergi ketempat lain dahulu. Tempat pertama yang kami kunjungi ialah Lost World Petting Zoo. Kami pergi ke petting zoo dahulu sebab kalau nak pergi Lost World Amusement Park kena lalu jalan ke kiri.Kalau nak pergi ke petting zoo lalu jalan kanan .Best jugak kalau pergi petting zoo sebab kita  boleh terus pergi masuk kolam bila dah habis pusing satu Tambun .Ada macam macam.Antaranya :

Feeding show : 

Tapir - 11.30 am
Raccoon - 12.00pm


Tortoise Kingdom - Lost World Petting Zoo


Tortoise Kingdom!!
Showtimes - 2.00pm


Rabbit Wonderland - Lost World Petting Zoo


                   RABBIT WONDERLAND!!

And lepastu kitorang pergi Lost World Tiger Valley :


Image result for Lost World Tiger Valley



Showtimes : 3.00pm & 4.00pm

Lepastu baru kitorang pergi Lost World Tin Valley :


Tin Trail - Lost World Tin Valley


Kitorang pergi Lost World Amusement Park( paling best ):



Adventure Express - Lost World of Tambun
           ! Adventure Express!

Lupe’s Adventure - Lost World Amusement Park
         !Lupe's Adventure!

Dragon Flight - Lost World Amusement Park
           Dragon Flight!!

Giddy Galleon - Lost World Amusement Park
                   Giddy Galleon!!

Barulah kitorang pergi ke Lost World Water Park :

Awesome dj is coming : 2.00pm - 2,30pm


Waktu kitorang dalam kolam tiba-tiba DJ memasangkan lagu yg agak rancak beserta ombak 😄:(video) Lepas dah main dkt sini puas - puas, barulah kitorang sewalah twin tube.

.Image result for lost world of tambun hrg pelampung
           
Ni kalau twin tube kalau single tube RM15.00 .
Lepastu kitorang pun guna la tube ni dekat sungai tiruan.



Sungai tiruan kat sini ialah sungai tiruan yang paling panjang di Malaysia.Memang bestla, kat sini sebenarnya ada macam macam lagi benda cuma x ditulis jer.Bye bye SEMUA.....   

                                           TERIMA KASIH